Uncategorized

PUASA : 5 KESAN TAK SEDAP PADA BADAN & CARA ATASINYA

Selama ni hampir 24 jam mulut ni asyik menguyah saja kan. Sekarang makan sebelum subuh dan 12 jam lepas tu baru boleh makan dan minum semula. Tak ke terkejut badan ni awal-awal. Opocot kata dia hehe.

Fasa 1-5 hari awal memang agak mencabar kecuali bagi orang yang dah biasa berpuasa😊

Ada beberapa kesan tak sedap pada orang biasa bila mula berpuasa. Saya akan terangkan 5 dan cara untuk mengatasinya. Dan jangan cari cara atasnya dengan berbuka di tengahari ya
😄

Cuba tengok kesan-kesan tak sedap ni ada tak dekat badan kita, atau anak-anak anda sejak mula puasa kemarin. Kalau ya boleh baca selanjutnya untuk solusi😘

Kongsi post ni banyak-banyak untuk kita bantu lebih ramai orang berpuasa dengan baik.

Fasa awal puasa adalah fasa transisi badan kita dari rutin makan biasa kepada rutin berpuasa hampir 12 jam. Pada waktu ini badan kita akan mula rasa lapar yang tersangat disebabkan tidak lagi mengamalkan rutin makan seperti biasa.

Pada kebiasaannya setiap kali kita makan, badan kita akan memecahkan glucose untuk menghasilkan tenaga. Dengan rutin makan yang kurang di bulan puasa, badan akan mula melakukan proses Gluconeogenesis. Di mana badan kita akan berada mode “power saving” gitu untuk hasilkan tenaga.

Namun pada hari ke 3-7 biasanya badan kita sudah mula terima dan menyesuaikan diri dengan rutin berpuasa ini.

Bila berpuasa kita akan rasa dehydrated disebabkan pengambilan air dan garam yang kurang. Ini akan buat kita pening apabila berpuasa.

Kenapa ya gitu? Ini dipercayai kerana awal puasa merupakan transisi dari diet garam yang tinggi kepada diet garam yang tersangat rendah disebabkan tempoh puasa selama 12 jam. Juga kurangnya pengambilan air.


Boleh jadi juga kita pening apabila berpuasa kerana tekanan darah yang rendah.

Buang air besar sebanyak 2 kali atau kurang dalam seminggu itu tandanya sembelitlah tu. Perubahan rutin makan memang akan memberi kesan kepada proses penghadapan dan pembuangan kita.

Kurang pengambilan fiber dari atau buah antara penyebab sembelit bila berpuasa. Juga pengambilan air yang kurang menyebabkan najis keras dan susah untuk membuang.

Pedih hulu hati ni sakit di bahagian perut sehingga tidak dapat menegakkan badan, pedih ulu hati dan lenguh badan, kebanyakan individu menyangka gejala itu disebabkan angin.

Pedih hulu hati ni popular waktu berbuka. Kenapa ya? Sebab kita ambil makanan tu secara banyak sekali gus.

Perut kita dalam “sleeping mode” selama 12 jam. Apabila berbuka pengambilan terlalu banyak air dan makanan yang kaya karbohidrat maka akan menyebabkan kembung perut, asyik sendawa dan boleh membawa kepada muntah.

Bila berpuasa, otot kita selalu rasa tegang. Sebab tubuh kita kurang beberapa mineral yang terlibat dalam kelenturan otot. Mineral-mineral tersebut adalah kalsium. magnesium, dan juga kalium.

Cara Atasi 5 Rasa Tak Sedap Di Atas:

Tips untuk elak 5 kesan tak sedap di atas apabila berpuasa :

1) Berpada apabila berbuka. Jangan ambil makanan terlalu banyak dan jangan makan terlalu laju. Ini akan menyebabkan perut kita terkejut opocot dan membawa kepada pedih hulu hati.

2) Bersahur.

fshnor

Bersahur dengan ESP dari Shaklee mampu elak gastrik sepanjang puasa, memberi tenaga sepanjang hari dan kenyang lebih lama. (http://www.shaklee.com.my/products/healthy-nutrition/esp-soy-protein-isolate-powder/)

3) Elak makan terlalu banyak makanan berminyak, masin dan terlalu manis.

4) Minum air secukupnya. Paling kurang 8 gelas sehari. Setakat ini saya ambil Performance Drink dari Shaklee memang sangat membantu saya bertenaga sepanjang berpuasa. Kerana mampu elak dehidrasi dan juga kejang otot.
(http://www.shaklee.com.my/products/healthy-nutrition/performance-natural-orange/)

Seeloknya ambil air yang mempunyai Elektrolit bagi mengelakkan dehidrasi sepanjang puasa dan memberi kecergasan segera apabila berbuka seperti Performances Drink ni. Malah bertenaga bila beribadat waktu malam.

Klik sini kalau nak cuma ESP dan Performance Drink yang super hebat ni Ramadhan ni👇

https://kliksini.my/Order-produk-shaklee

Semoga tips ini bermanfaat untuk kita semua. Share banyak-banyak supaya kita dapat bantu lebih ramai orang berpuasa dengan sihat😘

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA♥️

You may also like...

1 Comment

  1. Hi! Do you know if they make any plugins
    to protect against hackers? I’m kinda paranoid about losing everything I’ve worked hard on. Any recommendations?

Leave a Reply

Your email address will not be published.