Uncategorized

CARA KEKAL PROAKTIF SEHARIAN PUASA

Alhamdulillah hari yang sangat proaktif. Mari saya ajar cara proaktif di bulan Ramadhan 💪

Syukur lepas dari sahur dan solat subuh, diberi kekuatan selesaikan amal fardi seperti tilawah, zikir-zikir sampai ke waktu dhuha.

Lepas tu terus keluar rumah tolong mak sidai baju dan pergi ke mini kebun sebelah rumah.
Siram pokok bunga matahari saya ni.

Lepas siram pokok bunga matahari ni, terus semai pokok bayam brazil pula yang kakak saya bagi😍

Bunga matahati usia 3 minggu

Tak habis dekat situ. Tiba-tiba mata terjeling kereta sendiri. Nampak dah kotor, terus buka paip air depan rumah dan basuh kereta.

Yang paling tinggi tu pokok bunga matahari

Pagi-pagi puasa wei basuh kereta😂 Tahu tak selalunya waktu-waktu ni ramai orang sambung tidur lepas sahur.

Syukur alhamdulillah sebab lepas sahur tak rasa mengantuk. Nanti saya ajar ya.

Lepas 30 minit siap basuh kereta. Terus bersihkan diri dan tolong layan mak kemas rumah untuk raya 😂 Dan sambung tilawah.

Mak tak sabar raya hehe

Kemudian jumpa leader team bisnes saya untuk coaching. Alhamdulillah mula jam 10 lebih dan berhenti solat, sambung lagi sampai hampir jam 3 petang.

Bayangkan betapa banyak air liur keluar nak coaching hampir 5 jam waktu puasa. Tapi masih bertenaga dan semangat Alhamdulillah.

Lepas asar sambung coaching anak bisnes yang lain pula thru fon sahaja. Alhamdulillah sampai ke berbuka. Dan sedang coaching sorang lagi ni sambil buat status ni😂

My great leader bisnes. Banyak buat sales💪

Persoalannya macam mana nak rasa proaktif macam ni waktu Ramadhan? Terus bertenaga sepanjang hari puasa?

Senang saja. Petuanya adalah waktu sahur tu perlu betul jaga.

Sebaiknya kurangkan nasi. Lebihkan ambil protein macam telur, ikan atau ayam. Dan lebih bagus tambah dengan minum ESP. Sumber protein tumbuhan yang sangat bagus untuk kekal bertenaga sepanjang hari💪

Sedap dan mengenyangkan😋

Lepas tu, nak elak dehidrasi masa puasa. Dulu saya 8 pagi dah kering bibir dan kering tekak. Cepat sangat dehidrasi Walaupun dah ambil banyak air masak masa sahur.

Sepatutnya ambil air yang ada elektrolit. Sebab akan kekalkan kadar optimum air dalam badan dan elak dehidrasi.

Sekarang senang, saya sahur bancuh PERFORMANCE DRINK dan minum. Sebab dia air yang ada elektrolit.

Air basikal yang buat kuat puasa💪

Alhamdulillah memang tak rasa dehydrated dan bertenaga sepanjang puasa😍

Alhamdulillah atas nikmat kesihatan ini. Jom proaktif sepanjang Ramadhan👍

Hidup Sihat Untuk Lebih Memberi❤️

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.