Uncategorized

KISAH SAYA, RAMADHAN & DEHIDRASI

Wah macam tajuk drama😆 Tapi memang bila tiba bulan Ramadhan hidup saya akan penuh drama-drama dan tragedi terutamanya berkaitan kesihatan fuh.

Saya kalau hari biasakan memang akan sangat banyak minum air. Doktor kata kadar metabolism saya tinggi dan segala proses laju dalam badan ni. Mungkin selaju saya berjalan selalu 😆

Jadi bila bulan Ramadhan ni masyallah mencabarnya puasa sebab selalunya walaupun saya dah susun ambil air secukupnya waktu yang dibolehkan untuk makan tapi saya akan tetap rasa dehidrasi masa siang hari.

Tanda Dehidrasi

Lemah tau kalau jam 8 pagi bibir dah kering dan mula rasa sakit tekak. Ya itulah saya selalunya bila musim puasa. Sedangkan saya kalau bersahur, berbuka, terawih dan sebelum tidur pun pun berbotol minum air masak😢

Itu bila pagi, tengahari pula akan cepat sangat pening sebab kesan dehidrasi mula tangkap kepala dan kadang sampai jadi migrin. Aduh sakit kawan-kawan.

Saya dah tahu kalau bila bulan Ramadhan, migrin dan saya memang tak dapat dipisahkan. Sampai pergi klinik ambil ubat migrin😢

Bila dah petang pula Allah… Lemah ya amat. Kadang solat asar tu saya terpaksa solat duduk sebab dah rasa terhuyung hayang badan ni. Rasa nak pitam.

Memang boleh menang anugerahlah betapa akrabnya saya dan dehidrasi waktu musim puasa😆

Langkah Elak Dehidrasi

Rupanya ada cara nak elak dehidrasi.

Selain minum air yang secukupnya, badan kita juga perlukan beberapa mineral seperti sodium, magnesium dan potassium untuk kekalkan kadar air secara optimum dalam badan.

Elektrolit juga bantu memastikan saraf, otot, jantung dan otak kita bekerja seperti sepatutnya.

Kesimpulan

Alhamdulillah Ramadhan tahun ni, sejak ambil air dalam gambar setiap kali sahur dan berbuka memang rasa lain sangat berbanding dulu.

Yeah ada PERFORMANCE DRINK😍

Bayangkan jam 1 tengahari pun bibir saya masih belum kering. Maksudnya saya tak dehidrasi macam dulu. Dan sampai petang tak ada rasa migrin atau terhuyung hayang.

Syukur dapat kerja dengan lebih baik dan beribadat dengan lebih fokus dan nikmat.

Benarlah kesihatan adalah satu anugerah besar dari Allah. Sekali kita hilang, maka tak berguna segala nikmat yang lain.

Saya memilih sihat untuk lebih memberi. Anda pula bagaimana? 😊

Selamat Berpuasa Dan Beribadat❤️

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.