Uncategorized

VIVIX UNTUK MAK

Alhamdulillah dengan cash bonus SHAKLEE yang 4 angka dapat belikan mak Vivix untuk pertama kalinya😍Mak saya ni umur 65, sihat wal ‘afiat dan tak ada sebarang sakit kronik

Alhamdulillah.Sayang sangat dekat mak. Mak lah kawan baik saya, orang yang selalu ada untuk saya. Insan yang sentiasa doakan saya. Sayang saya tanpa syarat.

Impian saya adalah untuk bawa mak saya jalan-jalan seluruh dunia untuk tadabur ciptaan Allah. Makan sedap-sedap.😍Dah 10 tahun raya tanpa abah. Mak saja yang saya ada.

Semoga hari-hari mendatang akan lebih bahagia bersama mak.Baru balik johor, dan ziarah mak kawan umur 50 lebih diuji dengan kencing manis yang teruk dan perlu kepada kos yang mencecah ribuan untuk dialisis.

Sebelum ini bekas kawan ofis mengadu maknya kanser paru-paru tahap empat yang setiap bulan makan kos hampir rm20k sebulan untuk ubatan sahaja. Sesungguhnya sihat itu adalah pilihan.

Saya memilih sihat untuk lebih memberi pada orang yang kita sayang. Anda pula bagaimana☺

Hargailah hari ini dengan insan tersayang. Kita tidak tahu tahun mendatang adakah sama seperti sekarang. Rindu abah..

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.