Uncategorized

KISAH KEJAYAAN SAYA DAN SHAKLEE

Assalamualaikum hi semua, salam hebat luar biasa!

Hari ni kita nak cerita santai sikit tentang kejayaan saya dalam SHAKLEE.

Sebenarnya saya kenal SHAKLEE ni sejak 2017. Saya waktu tu saja cuba produk SHAKLEE dari kawan saya sebab saya ada migrin dan imun lemah.

Cepat sangat demam atau sakit. Tapi masa tu ambil tak konsisten. Memang tak habis pun sampai expired suplement tu adui bazir saja.

Sampailah tahun 2018, masa tu saya Chambering lagi dekat sebuah firma guaman di Sepang. Masa tu dah hampir setahun saya kerja. Saya pasang niat nak kerja lebih dekat dengan rumah mak dekat Klang.

Sambil hantar-hantar resume, asyik nampak iklan TWB Mobile Spa saja di facebook dari sorang kawan saya ni kak Anna Seha.

TWB MOBILE SPA

Dari situ terus saya terpancing dan nak buat bisnes TWB Mobile Spa. Masa tu tak tahu pun rupanya projek mobile spa ni bawah SID SHAKLEE. Dah join kursus baru tahu.

Dari situ bermulalah cerita saya dan bisnes SHAKLEE.

Mak join sekali masa Shaklee National Convention 2019 dekat PICC Putrajaya

ALHAMDULILLAH apa yang saya boleh kata hidup saya memang berubah.

BISNES SHAKLEE KEMBALIKAN KEYAKINAN DIRI SAYA

Sebenarnya masa awal join bisnes ni saya masih ada depression yang ambil ubat dari doktor. Depression tu kadang boleh buat saya migrin seminggu berturut. Dalam tidur pun boleh migrin. Dengan sakit, keyakinan diri hilang. Kadang rasa loser sangat diri.

Alhamdulillah lepas join bisnes TWB MOBILE SPA khususnya SHAKLEE, saya jumpa balik keyakinan diri saya.

Bulan Jan 2019, saya ambil keputusan berhenti kerja. Sebab saya nampak peluang besar dalam bisnes SHAKLEE ni kalau betul saya fokus. Ok tengok ini income say pernah dapat dengan TWB MOBILE SPA.

Ini pula income saya dengan SHAKLEE.

Alhamdulillah pada bulan mei 2019 saya naik Rank Supervisor dalam SHAKLEE berkat tunjuk ajar mentor saya Master Athirah, Master Ainul, Kak Seha dan Kak Ijat.

Sebenarnya dengan sakit depression ni, kita menyusahkan bos tau bila kerja dekat mana-mana syarikat. Sebab sakit kita tak tentu. Ada masa kita sihat elok, tiba-tiba kita boleh sakit yang kadang tak nak jumpa orang semua.

Pernah saya dapat mc lama dari doktor tapi saya datang juga kerja sebab saya takit susahkan bos. Itulah antaranya sebab kenapa saya akhirnya pilih untuk bisnes sendiri.

Dan alhamdulillah pilihan saya tu adalah pilihan yang tepat. Sekarang saya makin sihat dan jarang sangat dapat depression macam dulu. Migrin pun dah kurang. Alhamdulillah. Berkat ikhtiar consume B complex dan ostematrik SHAKLEE juga ni hehe.

BERJAYA BANTU HIDUP ORANG LAIN

Paling seronok sekarang sebab bawah saya ada 22 orang downline. Dan lebih 15 org yang aktif. Saya rasa bahagia sangat dapat bimbing kejayaan mereka. Nama grup kami Jutawan Ummah.

Boleh tengok ni gambar masa layak cash bonus Julai 2019. Bahagia sangat dapat bimbing kejayaan orang lain.

Saya juga dah kembali yakin untuk bantu orang tak macam masa sakit dulu. Ini antara kelas yang saya buat untuk downline saya setakat ni alhamdulillah.

Saya target hujung tahun ni saya boleh capai 100 orang downline untuk saya bantu. Bahagia bila dapat bantu orang tingkatkan kualiti hidup masing-masing. Alhamdulillah.

KESIMPULAN

Bisnes SHAKLEE bukan saja sudah bantu saya dari segi kesihatan, keyakinan dan ekonomi hidup. Jatuh bangun sakit depression saya sendiri pun banyak dibantu dengan bisnes SHAKLEE. Subhanaallah. Saya sendiri tak sangka akan jumpa balik diri saya dengan bisnes ni.

Malah, sekarang saya juga dapat besarkan circle kawan saya dengan kenal Master – master SHAKLEE dan SID yang lain. Memang rasa terbuka minda ni bila bersama dorang. Rasa membara untuk ubah hidup jadi lebih baik dan bantu lebih ramai orang.

Sekarang kami bernaung bawah nama JUTAWAN. Ada 10 orang Master a.k.a bakal Mentor bisnes anda. Mereka bukan orang beshe-beshe tau. Masing-masing pernah capai 1st million malah dah berapa kali million dah.

Dalam bisnes ni kalau kita nak pergi jauh memang perlukan tok guru yang boleh ajar kita jalan yang betul. Ni tok guru dah sedia, mai lah serbu.

Siapa nak sertai kami jom. Hubungi saya 018 388 9039 atau klik saja link whatsapp di bawah.

https://kliksini.my/Bisnes-SHAKLEE-

Kami sentiasa sedia membantu anda mengubah hidup yang lebih baik.

Sharifah Abdul Samad,

SHAKLEE Supervisor.

You may also like...

6 Comments

  1. […] Kedua, servis mobile spa yang diberi nama The Walking Beauty (TWB). Haaa saya sendiri buat servis ni. Memang berbaloi sangat bila kita gabungkan servis dengan produk SHAKLEE yang memang berkualiti. Duit berkipas pun rasa. Nak tengok duit kipas tu? Meh baca dekat sini. […]

  2. […] Semestinya saya akan cadangkan anda mulakan bisnes bersama Team Jutawan. Kerana saya sendiri telah merasai kejayaan dalam team ini. […]

  3. Anonymous says:

    Alhamdulillah,best baca.Tahniah Syarifah atas kejayaan yang di capai.Semoga terus sukses dan capai impian yang diinginkan 😘

  4. Anonymous says:

    Alhamdulillah,best baca.Tahniah Syarifah atas kejayaan yang di capai.Semoga terus sukses dan capai impian yang diinginkan 😘

  5. 1zu4b0wi7841n7q8zc4frzpc25h6w2eddy40182brvq2tv2a1i8g

  6. What’s up everybody, here every one is sharing these experience, thus it’s good to read this blog, and I used to pay a quick visit this weblog daily.|

Leave a Reply

Your email address will not be published.