KENAPA PERLU MULA BISNES AWAL UMUR 20-30 AN

Assalamualaikum hi, salam hebat luar biasa!

Ramai orang berimpian untuk kerja secara fleksibel dengan sepenuh masa berbisnes supaya boleh lihat anak membesar depan mata sendiri atau ingin menjaga orang tua yang makin uzur.

Kemudian, apabila anda terima tawaran kerja, jiwa makin menekan untuk berbisnes sendiri sampai masa di pejabat pun tak boleh nak fokus lagi. Kita mula nampak ramainya multi-millionare yang sebaya kita malah ada yang lebih muda.

Tak kisah apa sekalipun motivasi anda untuk mula berbisnes, semestinya ada waktu yang tepat untuk anda memulakan langkah bisnes anda iaitu di awal umur 20-30 an. Kenapa waktu yang tepat adalah di umur tersebut ya?

No. 1: RISIKO RENDAH

Terimalah kenyataan bahawa tidak semua permulaan akan membawa kepada kejayaan. Begitulah juga dalam dunia bisnes. Kita perlu berfikir secara realistik tidak kira berapa pun usia kita.

Hal ini kerana, memulakan bisnes memerlukan banyak pelaburan. Sama ada pelaburan dari segi masa atau duit. Anda perlu bersedia menanggung risiko atas pilihan anda untuk berbisnes.

Dalam dunia bisnes, makin awal anda bermula maka makin bijak untuk anda menduga risiko-risiko dalam dunia mencabar tersebut.

Anda akan mudah mempelajari selok belok bisnes dan mengurangkan kerugian dalam bisnes disebabkan pengalaman anda. Oleh itu, memulakan perniagaan sendiri seawal mungkin untuk mengurangkan potensi kerugian anda.

No. 2: TINGGI SEMANGAT, TENAGA DAN MOTIVASI

Memulakan sesuatu bisnes perlu kepada semangat, tenaga dan motivasi yang tinggi. Siapa yang dapat melawan membaranya tenaga dan semangat orang muda?

Anda mungkin masih bertenaga dan sihat ketika usia 40 an dan ke atas namun adakah perkara itu pasti? Kemungkinan apa yang anda lihat sebagai satu ‘idea’ akan menjadi ‘lupakan saja’ dalam 10 tahun akan datang.

Setiap tahun, tenaga dan motivasi anda akan menurun. Ambil kesempatan daripada aset peribadi ini sementara anda masih memilikinya

No. 3: SIFAT PANDAI MENYESUAIKAN DIRI YANG TINGGI

Perasan atau tidak bahawa dunia kita makin moden dan lahir pelbagai teknologi? Orang mudalah yang lebih senang untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan ini.

Kita dapat lihat bahawa masyarakat menghadapi kemodenan teknologi yang sangat pantas dalam dunia bisnes sekarang, dan satu-satunya cara bagi sesebuah syarikat untuk terus hidup ialah untuk menyesuaikan dan mengintegrasikan teknologi baru.

Dalam usia 20-an dan 30-an, anda akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengenali dan menggabungkan teknologi baru dengan cepat. Seterusnya apabila anda semakin tua, kadar pembangunan untuk teknologi ini akan berkembang lebih cepat.

Jadi, mulailah perniagaan semasa anda lebih lincah, dan anda akan dapat menguasai dunia bisnes yang makin moden dan tanpa wayar kini.

No. 4: PENGALAMAN YANG MENGUNTUNGKAN

Kebanyakan usahawan yang benar-benar suka keusahawanan akan mencuba dan memulakan pelbagai jenis perniagaan. Sama ada menjadi agen dropship, stokis, juru jual atau apa sahaja dalam dunia bisnes. Begitulah orang muda, pelbagai idea bisnes melayang dalam otak.

Dan, untuk sebahagian besar, setiap perniagaan baru yang dimulakan oleh orang muda ini lebih baik daripada yang sebelum-sebelumnya. Mengapa ya?

Ini sebab berharganya pengalaman terdahulu mereka, senarai kenalan yang semakin meningkat dan perspektif yang lebih luas telah melonjakkan mereka menjadi usahawan yang lebih berjaya!

No. 5: KEUNTUNGAN JANGKA MASA PANJANG

Bayangkan seketika bahawa anda telah membina perniagaan yang berjaya. Ia menguntungkan, stabil dan menghasilkan gaji enam angka yang bagus untuk anda.

Bayangkan penat lelah anda seketika di waktu muda telah membawa anda kepada Kebebasan Kewangan dan Kebebasan Masa. Kini anda tidak lagi bekerja untuk duit, tetapi duit yang bekerja untuk anda.

Bukankah rasa sangat berbaloi dengan penat lelah anda memulakan bisnes di usia muda?

Di sini saya suka untuk kongsi tentang kejayaan salah seorang Master dari Team Jutawan yang merupakan master yang paling muda iaitu Master Athirah.

Master Athirah merupakan graduan undang-undang. Memulakan bisnes SHAKLEE sejak zaman universiti lagi.

Pencapaiannya sangat membanggakan dengan dapat membayar PTPTN puluhan ribu secara lumpsum di usia 28 tahun tahun.

Membawa suami, ibu dan ayah menunaikan umrah dengan pakej eksklusif dan mahal juga di usia 20an. Semuanya hanya dengan bisnes SHAKLEE.

Best dapat coaching dengan Master Athirah!

Sekarang di awal usia 30an, Master Athirah sudah mencapai kebebasan kewangan dan masa. Berbaloikan mula bisnes di usia muda? Dengan bisnes yang bagus, mentor yang berpengalaman semestinya penat lelah anda di usia muda amat berbaloi.

KESIMPULAN

Entri ini bukanlah ingin mengatakan bahawa umur 40 an sudah tidak sesuai untuk memulakan bisnes. Tidak. Umur berapa pun sesuai.

Cumanya, di usia 20- 30 an terkumpul segala macam kelebihan yang ada pada diri anda dan memulakan bisnes awal akan banyak membantu anda lebih berjaya dalam dunia bisnes.

Jika anda berusia 20-an atau 30-an, dan idea tentang bisnes telah memasuki fikiran anda lebih daripada satu kali, JANGAN HENTIKAN IA SEBAGAI SUATU ANGAN-ANGAN.

Mulakan untuk buat beberapa kajian dan teroka idea bisnes anda. Manfaatkan zaman muda anda dengan mencurahkan tenaga anda ke dalam perniagaan. Saya jamin jika anda melakukannya dengan betul, anda akan gembira dengan keputusan anda sekarang ini untuk memulakan bisnes.

Bagus untuk anda mula bina pengalaman anda dengan rangkaian perniagaan yang telah terbukti kejayaan ahlinya, sistemnya, peluang dan kualiti produknya.

Semestinya saya akan cadangkan anda mulakan bisnes bersama Team Jutawan. Kerana saya sendiri telah merasai kejayaan dalam team ini.

Dan lihat terdapat peluang besar anda mencapai kebebasan kewangan dan masa dengan menyertai bisnes bersama Team Jutawan. Nak tahu 10 sebab wajib sertai Team Jutawan jika and benar nak ubah hidup? Klik sini.

Mari bersama kami dalam Team Jutawan. Hubungi saya :

018 388 9039

Atau klik saja link whatsapp di bawah ini:

https://kliksini.my/Bisnes-SHAKLEE-

Kami sentiasa sedia membantu anda mencapai kehidupan yang lebih baik.

Sharifah Abdul Samad,

SHAKLEE SUPERVISOR.

Author: Sharifah Samad

Leave a Reply

Your email address will not be published.