MALAYSIA NEGARA PALING GEMUK DI ASIA

Assalamualaikum hi, salam hebat luar biasa!

Adakah anda tahu bahawa negara kita sedang mengalami ‘tsunami’ obesiti yang membimbangkan. Statistik masalah kegemukan dalam kalangan rakyat Malaysia saban tahun semakin meningkat.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata:

Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara obes, di mana seorang dalam dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 33 peratus dan obesiti sebanyak 18 peratus.”

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 8.5 juta rakyat Malaysia memiliki berat badan berlebihan manakala lebih kurang 4 juta orang pula mengalami masalah berat badan melampau atau obes. Data ini meningkat semenjak awal tahun 2000 lagi.

Makanan Manis Punca Obesiti?

Terdapat beberapa punca mengapa obesiti meningkat secara mendadak pada zaman sekarang. Salah satunya adalah pengambilan makanan berlebihan terutama makanan manis.

Makanan yang tinggi kandungan gula dan berkarbohidrat akan meningkatkan paras gula dan hormon insulin di dalam darah. Sekiranya lebih banyak makanan bergula diambil, semakin banyak insulin akan dirembeskan untuk menstabilkan paras gula.

Lama-kelamaan, paras gula ini akan menjadi tidak stabil. Seseorang itu akan menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti yang membawa pelbagai penyakit.

Makan Banyak, Kurang Bersenam, Kalori Menjadi Lemak

Obesiti ada kaitan dengan nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan iaitu kalori. Seorang lelaki yang aktif memerlukan sekurang-kurang 2500 kalori setiap hari untuk kekal sihat dan cergas manakala seorang wanita memerlukan 2000 kalori setiap hari.

Apabila kita mengambil kalori lebih daripada keperluan dan kalori tersebut tidak dapat dibakar. Maka di situlah terhasilnya lebihan kalori yang membawa kepada masalah berat badan.

Usah Pandang Mudah Risiko Obesiti

Obesiti bukan sahaja menggugat kualiti hidup malah boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih kronik serta berpotensi kepada kematian.

KESIMPULAN

Sekiranya anda merupakan salah seorang yang menyumbang kepada statistik tersebut, sedarlah bahawa anda mampu mengubahnya.

Kesihatan adalah sesuatu yang sangat berharga. Ia tidak dapat dikembalikan dengan wang sekiranya telah tiada. Usah lagi bertangguh untuk ikhtiar sihat melalui Program Jom Detox Jutawan.

Kerana ada 7 Sebab Menakjubkan Yang Anda Mungkin Tidak Terfikir Tentang Jom Detox Jutawan. Lihat hasil menakjubkan daripada Program Jom Detox Jutawan ini yang mana telah membantu lebih 1000 orang.

Nak sertainya? Mudah saja. Baca 3 Langkah Mudah Kurus ini.

Penyertaan untuk Jom Detox Jutawan 17.0 sudah dibuka. Book seat cepat sebelum penuh!

Benda boleh kurus, kenapa nak berisikan.

Hubungi saya:

018 388 9039

Atau nak mudah klik saja link whatsapp di bawah

https://kliksini.my/Jom_kurus_detox

Sharifah Abdul Samad,

SHAKLEE SUPERVISOR.

Author: Sharifah Samad

Leave a Reply

Your email address will not be published.