APA YANG TAK BEST BILA BADAN GEMUK

Assalamualaikum hi, salam hebat luar biasa!

Nak tahu tak negara kita ni dilanda “tsunami berat badan”? Menakutkan betul?

Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara obes, di mana seorang dalam dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di Asia!

OH NO!

MACAM MANA NAK TAHU ANDA LEBIH BERAT BADAN?

Mudah saja. Segalanya di hujung jari. Saya selalu guna kalkulator online di sini.

Ni sebelum isi

Masukkan saja berat anda dalam kg dan tinggi anda dalam cm. Klik ‘kira BMI’ haa terus keluar result.

Alhamdulillah BMI Normal!

Kalau result anda 25.0 hingga 29.9 maksudnya anda Lebih Berat Badan (Overweight). Manakala 30.0 ke atas maksudnya anda Obesiti, bahaya-bahaya.

Hah sekarang cuba buat kira BMI anda berapa.

BAGAIMANA MASALAH BERAT BADAN BOLEH BERLAKU KEPADA ANDA?

Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.

Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.

Selain tu terdapat juga faktor risiko lain:

  • Sejarah keluarga anda.
  • Masalah perubatan.
  • Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
  • Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
  • Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

KESAN MASALAH BERAT BADAN

Selain dari mudah penat, mengah bila berjalan sebenarnya ada banyak lagi kesan tak best bila ada masalah berat badan ni.

Masalah berat badan atau Obesiti ni kita boleh gelar sebagai ‘ibu segala penyakit’. Lihat kesan dari masalah berat badan boleh bawa kepada kompilasi berikut :

  • Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  • Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
  • Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
  • Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.

KESIMPULAN

Menakutkan betul kesan dari masalah berat badan ni. Nikmat sihat ni jangan kita ambil ringan sebab kesihatan yang merosot tak boleh dikembalikan dengam wang ringgit tau.

Usah lagi bertangguh untuk ikhtiar kurus dan sihat melalui Program Jom Detox Jutawan. Kerana ada 7 Sebab Menakjubkan Yang Anda Mungkin Tidak Terfikir Tentang Jom Detox Jutawan. Nak sertainya? Mudah saja.

Baca 3 Langkah Mudah Kurus ini.

Penyertaan untuk Jom Detox Jutawan 17.0 sudah dibuka. Book seat cepat sebelum penuh!

Benda boleh kurus, kenapa nak gemukkan.

Hubungi saya:

018 388 9039

Atau nak mudah klik saja link whatsapp di bawah

https://kliksini.my/Jom_kurus_detox

Sharifah Abdul Samad, SHAKLEE SUPERVISOR.

Author: Sharifah Samad

Leave a Reply

Your email address will not be published.