KEGEMUKAN PUNCA SAKIT KRONIK

Assalamualaikum hi, salam hebat luar biasa!

Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.

Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.

6 PENYAKIT KRONIK PALING BAHAYA AKIBAT OBESITI

Terdapat banyak penyakit kronik yang boleh membawa  kepada pengurangan kualiti hidup pesakit dan boleh membawa kepada kematian.

1. Penyakit Jantung Koronari

Penyakit jantung koronari (Coronary Heart Deseasa CHD) adalah penyakit dimana bahan berlilin dipanggil plak terbina di dalam arteri yang membekalkan darah kaya oksigen ke otot jantung kita.

Serangan jantung akan berlaku apabila darah yang kaya oksigen tidak dapat sampai ke jantung. Tanpa rawatan yang cepat, serangan jantung boleh membawa kepada kesihatan yang serius atau kematian.

Berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari dan serangan jantung . Ia adalah kerana berat badan berlebihan dan obesiti dikaitkan dengan faktor-faktor risiko CHD lain seperti kolestrol tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

2. Strok

Strok berlaku apabila bekalan darah ke otak terganggu atau berkurang. Jika ini berlaku, otak tidak dapat oksigen yang mencukupi dan menyebabkan sel-sel otak mati.

Antara kesannya kepada pesakit:

⛔Kekeliruan termasuk masalah pertuturan dan pemahaman

⛔Sakit kepala dan muntah-muntah.

⛔Rasa kebas pada muka, lengan dan kaki terutama pada sebelah badan

⛔Masalah penglihatan pada satu atau kedua-dua mata

Strok boleh membawa kepada masalah jangka panjang. Bergantung kepada berapa cepat ia didiagnosis dan dirawat. Pesakit boleh mengalami ketidakupayaan sementara atau kekal .

3. Tekanan Darah Tinggi / hipertensi

Kita dikatakan mempunyai Tekanan Darah Tinggi jika bacaan tekanan darah kita konsisten 140 /90 atau lebih tinggi untuk tempoh beberapa minggu.

Tekanan yang lebih tinggi ini meletakkan tekanan tambahan ke atas jantung dan saluran darah dan ini meningkatkan risiko mendapat serangan jantung atau strok.

Sebab utama terjadinya Tekanan Darah Tinggi adalah mempunyai berat badan berlebihan. Faktor-faktor lain adalah:

⛔Makan terlalu banyak garam

⛔Tidak makan buah dan sayuran

⛔Tidak cukup aktif

⛔Mengambil alkohol berlebihan

⛔Peningkatan usia dan gaya hidup yang tidak sihat boleh memberi tekanan

⛔Sejarah keluarga, anda mungkin berisiko tinggi jika ada ahli keluarga mempunyai Tekanan darah Tinggi

Untuk rawatan, doktor biasanya akan memberikan lebih dari satu jenis ubat yang menurunkan tekanan darah dalam cara yang berbeza. Doktor akan nasihatkan supaya pesakit menurunkan berat badan dan ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat

4. Diabetes

Pengidap diabetes selalunya mempunyai bacaan gula dalam darah (glukosa) yang terlalu tinggi melebihi paras normal iaitu: Paras gula semasa puasa – Julat 4.0-6.0 mmol/lParas gula selepas makan – tidak melebihi 8.0 mm0l/l.

Antara sebab utama berlakunya diabetes adalah disebabkan obesiti. Malaysia sekarang merupakan antara negara tertinggi mempunyai peratusan pesakit diabetes di Asia Tenggara.

Menurut statistik 15% daripada rakyat Malaysia merupakan penghidap kencing manis iaitu 1 dari 5 orang rakyat negara ini merupakan penghidap diabetes

5. Osteoarthritis

Berat badan berlebihan boleh mencederakan atau merosakkan sendi dalam pelbagai cara. Ostheoartritis (OA) berlaku apabila tulang rawan licin pada sendi menjadi haus atau rosak.

Ia biasanya berlaku di bahagian lutut, pinggul, tulang belakang, leher dan tangan. Sendi akan mengalami keradangan dan menyebabkan rasa sakit dan kaku.

Menurut sumber daripada Arthritis Center John Hopkins, apa yang kita perlu tahu adalah: Setiap 4.5 KG lebihan berat badan , ia memberi 13-27 KG daya pada lutut untuk setiap langkah.

Bayangkan betapa terbebannya lutut kita. Sumber yang sama mengatakan bahawa, orang berlebihan berat badan adalah 5X lebih mudah mengidap OA berbanding orang biasa.

Hanya kehilangan berat badan dapat membantu mengurangkan tekanan pada sendi.

6. Kanser

Betapa bahayanya obesiti ini, ia juga merupakan penyebab utama kepada peningkatan risiko kanser. Biasanya mereka yang obesiti terdedah kepada kanser berikut:

❎Kanser Esofagus

❎Kanser Pankreas

❎Kanser Kolon & Rektum

❎Kanser Payudara

❎Endometrium

❎Sakit Buah Pinggang

KESIMPULAN

Menakutkan betul kesan dari masalah berat badan ni. Nikmat sihat ni jangan kita ambil ringan sebab kesihatan yang merosot tak boleh dikembalikan dengam wang ringgit tau.

Usah lagi bertangguh untuk ikhtiar kurus dan sihat melalui Program Jom Detox Jutawan. Kerana ada 7 Sebab Menakjubkan Yang Anda Mungkin Tidak Terfikir Tentang Jom Detox Jutawan. Nak sertainya? Mudah saja.

Baca 3 Langkah Mudah Kurus ini.

Penyertaan untuk Jom Detox Jutawan 17.0 sudah dibuka. Book seat cepat sebelum penuh!Benda boleh kurus, kenapa nak gemukkan.

Hubungi saya:

018 388 9039

Atau nak mudah klik saja link whatsapp di bawah

https://kliksini.my/Jom_kurus_detox

Sharifah Abdul Samad, SHAKLEE SUPERVISOR.

Author: Sharifah Samad

Leave a Reply

Your email address will not be published.