5 ORGAN DETOX DAN FUNGSINYA

Assalamualaikum hi, salam hebat luar biasa!

Terdapat banyak toksin yang wujud di dalam persekitaran kita, yang datangnya secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia dan tiruan.

Lihat saja pada udara yang anda hirup, air yang anda teguk, peralatan dan perkakas yang anda sering gunakan, juga tempat yang anda selalu berada dan anda akan sedar kehadiran unsur yang bukan semula jadi atau tidak berkhasiat.

Secara tidak sedar, toksin-toksin ini, menjadikan tubuh sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan kepada berbagai masalah perubatan malahan meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis penyakit.

5 Saluran Utama Toksin

5 saluran inilah sumber toksin dalam badan anda yang perlu diberikan perhatian:

TUBUH BADAN MELAKUKAN DETOKSIFIKASI SETIAP MASA

Biarpun dalam keadaan normal dan sihat, tubuh anda akan terus mendetoks kesemua benda yang terdedah kepada toksin bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh anda boleh mendetoks dengan sendirinya.

Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detoks. Organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh.

Organ ini berfungsi membersihkan tubuh anda, atau menyahtoksin bagi memastikan anda kekal sihat. Malahan kulit aneda menghasilkan toksin melalui peluh.

5 Organ Detox

PARU-PARU – membuang berbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah anda.

SISTEM LIMPA (hati) – beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksin-toksin yang lain dari tubuh anda.

KULIT – membuang toksin melalui pengeluaran peluh badan

BUAH PINGGANG – membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh anda melalui pundi kencing.

SISTEM PENGHADAMAN – meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang mungkin anda tidak sedar, manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa dari tubuh anda setiap kali anda melakukan proses pembuangan.

KESIMPULAN

Jadi, sekiranya tubuh anda membersihkan dirinya sendiri, mengapa anda perlu detoks?

Anda perlu tahu dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh anda akan menjadi lebih kuat mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental untuk kekal fokus dan menurunkan berat badan anda agar tampak lebih baik, sihat dan segar!

Ibaratkan diri anda seperti kereta, di mana ia memerlukan minyak untuk kekal bergerak, namun, sehebat mana pun kereta itu, lambat laun; ia tetap akan mengalami kerosakan bagi mengekalkan prestasi peringkat optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam dan tayarnya.

Tanpa bantuan tambahan, badan anda mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan anda akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh anda.

Detoks ini bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan pretasi organ detoks di dalam badan kita ini.

Tunggu apa lagi. Cepat hubungi saya di talian

018 388 9039

Atau nak mudah klik saja link whatsapp di bawah :

https://kliksini.my/Jom_kurus_detox

Kami sentiasa sedia membantu anda mengubah hidup yang lebih sihat dan bahagia!

Sharifah Abdul Samad,

SHAKLEE SUPERVISOR.

Author: Sharifah Samad

Leave a Reply

Your email address will not be published.