KEJAYAAN SAYA SELEPAS DETOX

Assalamualaikum hi, salam hebat luar biasa!

Ok mesti anda semua dah baca banyak entri saya tentang detox dan masalah berat badan. Tapi jangan pelik tau ramai yang detox sebab nak baiki masalah kesihatan yang lain juga seperti SLE, masalah period, dan lain-lain.

Baca sini : 5 Kisah Kejayaan Kurus Dan Sihat Dengan Program Jom Detox Jutawan

Baca sini juga : Detox Selesaikan Pelbagai Masalah Kesihatan

Hari ini saya nak kongsi pula impian kejayaan saya dengan Program Jom Detox Jutawan.

Saya ada satu saja masalah kesihatan yang sangat saya nak baiki dengan detox ini. Kita tengok sat ya list tanda badan perlu detox di bawah.

Banyak tick dalam list atas ni, kulit kusam, keletihan, kemurungan tapi ada yang saya nak sangat atasi. Haa saya nak atasi yang nombor 1 tu. Spesifik lagi adalah MIGRIN.

Migrin ini selalunya sakit sebelah bahagian kepala saja. Sakitnya masyallah tuan puan. Mencucuk pedih. Rasa nak hentak kepala dekat dinding.

Tak boleh tengok cahaya, akan pedih. Tak boleh terlalu sejuk. Tak boleh bising. Boleh terbalik rumah wei kalau migrin menyerang.

Saya mula dapat migrin ni waktu masuk sekolah asrama penuh masa umur 16 tahun. Saya sedar yang saya ada migrin masa umur 17 tahun sebab selalu sangat sakit kepala yang tak boleh bawak bincang.

Makan panadol pun tak jalan. Baru tahu rupanya dah migrin. Rasanya punca awal tu sebab stress belajar sekolah budak-budak pandai ni. Nak capai rank keputusan yang sekolah nak. Stress sangat.

Mana taknya. Budak-budak sekolah ni kan setiap masa belajar. Waktu riadah pun nak baca buku. Waktu malam tidur pun buka buku. Saya yang jadi stress dan culture shock. Terus migrin sampai sekarang. Astagfirullah.

Detox sebenarnya dapat bantu reset sistem badan kita dan perbaiki kesihatan. Antaramya adalah migrin.

Insyallah saya yakin dengan Program Jom Detox Jutawan ini saya mampu tambah baik tahap kesihatan saya. Dan tak mustahil juga mampu hilangkan sakit migrin saya ini. Ameen.

Doakan saya ya kawan-kawan.

Saya pilih sihat untuk lebih memberi.

Anda pula bagaimana?

Author: Sharifah Samad

Leave a Reply

Your email address will not be published.